Kadai Kupi 555 mula beroperasi

Hai...hai...hai... nampaknya setelah 6 bulan kadai ini ditutup buat sementara waktu, akhirnya pada hari ini dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kadai ini akan beroperasi semula. Maklumla.... Kami bertiga telah pergi bercuti dan menjelajah seluruh dunia melalui kapal terbang alam maya...hahahahahahahahaha....

Disebabkan terlalu lama nda menguring kuie..ini la jadinya...kwang..kwang... tapi rasanya tetap sedap hingga menjilat bibir sendiri. wakakakakakaka...

Dengan bangganya menghidangkan "Kuih Jemput Pisang Cap Junjung Berbentuk Ntah Apa-Apa Ntah". Boleh di dapati secara percuma di kadai ini utk hari ini sahaja... sila..sila...

Kuih yg.pelbagai bentuk...hahahhahaha

Nah......siap untuk dihidangkan....

Petua klu makan kuih berbentuk:-
Ayam= kuat sabung ayam
Gasing= Kuat main gasing
Ubi= Diam2 ubi berisi
I Love U= Aku cinta pada mu..

Sekian...selamat mencuba...har...har..har...

Menu Tengahari

KINORING IKAN TURONGOU,KORUK & SAPAT


TAWADAK MASAK TAUHU

Lama sudah nda tukar menu... heheh nikali kami sediakan dua menu baru.



Selamat menjamu selera..

MENU OH MENU!


Hai! hai! dan hai lagi..hehehe.. ni kali ada dua menu. okey mari kita cerita satu persatu tentang menu kita hari ni..hehe1. Kuih Kiningjaram

Kuih ini merupakan salah satu daripada kuih yang paling saya minati. Rasanya agak manis,berminyak dan bahagian yang paling saya suka adalah bahagian pinggirnya yang agak hangus.. sebab apa.. Okorup bo..hahaha (Rangup ba..). Bahan2 yang diperlukan untuk membuat kuih ini ialah minyak makan,tepung beras dan gula..klu mau pewarna buli jg. Uli dan guring... salasai.. siap untuk dihidangkan. Bah apalagi jan kamu malu2 order ja..dua keping ja tu sa taruh disana. Masih banyak lagi baru mau guring yg. lain. Apa? harga? alah.. murah ja 20sen ja tu..



2. Menu yang kedua saya beri nama Tadong Om Sada Takanon

Sebab, dlu2 masa sa masi kici paling mewah la tu makanan tu.. klu ayam paling pun 2 bulan baru satu kali merasa..klu sekarang hari2 pun buli..Bilang urang jan pernah lupa itu kesusahan klu sudah senang sikit.. hehe menyimpang pla. Gabungan menu tu sa perolehi ketika mkn tengahari di tempat kerja tadi. Tadong adalah beras tradisional daerah Kota Marudu. Klu tempat kwn2 ada jg ka beras ni? .Beras ini sangat sedap dan berkhasiat. Adalah dipercayai jika makan beras ini (yang sudah ditanak ba..) kandungan darah merah akan meningkat disebabkan oleh kandungan iron yg tinggi di dalamnya. Oleh itu sa syorkan menu ini kepada kwn2 yg mempunyai masalah kurang darah merah (Haemoglobin). Tambah lagi ada ikan putih kici yg. di rebus.. adusss.. sedap hingga meninggurup mangkuk.( minum sup terus dimangkuk) hehehe.. Nasi putih pla sengaja disediakan (Bonus.. hehehehe). Harga? kejap a..toki kira dlu... hahaha..

Selamat mengorder.. jumpa lagi!

p/s: Sa guna bahasa rojak ni.. sengaja kasi paning kapala kamurang..hehehehe

MENU KADAI KUPI


NAMA: BINIYAMBAN TADONG
HARGA: BULI RUNDING..
RESIPI OLEH:TULUNBUNOU

BLOG UNTUK CHAT

bah..blog ini direka khas sebagai tempat lepak kawan2 yang mau chat lebih lama..memandangkan chat box yang sedia ada pada blog masing2 mempunyai had.Kadang2 ketika sedang rancak berchat tiba2 kehabisan minyak bilang si nong dan terpaksa masuk blog lain.Chat box dalam blog ini tidak ada had limit.Oleh itu siapa2 yang mau bersembang lama..kamurang buli gunakan chat box pada blog ini.Untuk pengetahuan blog ini di punyai oleh ILLIE,NONG & TULUNBUNOU.

PEACE!!
 

KADAI KUPI 555 Powered By Blogger © 2009 Ayliak | Theme Design: ooruc